Pagi tadi selepas ambik mama daripada 'project perempuan' dia..singgah sekejap ke Bukit Ayun nak tengok kekalau ada durian yang dah turun daripada Balik Pulau...memang ada pun...sedap jugak lama tak makan durian nie... so apa lagi...borong 2-3 bijik nak merasa...
Kita nie bukan jenis yang pandai memilih durian..kalau beli mesti suruh orang yang jual tu pilihkan...kalau nasib baik...dapat yang baik...tapi selalunya yang tak sedap..dah berair..busuk..berulat.. pendek kata, yang tak sedap lagi banyak daripada yang sedap. ada jgak tanya pakcik yang jual durian tu macamana nak pilih durian yang sedap...dia tunjuk kat saya.. ingatkan selama nie dia orang do goyang buah tu pasai apa masa beli durian..rerupanya memang betui, ada rasa goncang didalam buah durian tu. bila ada rasa goncang tu, kata pakcik ' bijik kecik dan isinya gebu".
Apa lagi bawak balik rumah saja..anak-anak serbu makan..sayang terlupa ambik gambar pulak.. rugi..sedap makan dan mengopek durian la katakan... isi gebu and manis..durian kampung.. 4 bijis lebih kurang RM24.. memang tak cukup..rerasanya..minggu depan nak beli lebih..
No comments:
Post a Comment